suapan manja abang amar..
Yayyyy!!!!...Alhamdulillah...sorang lagi malaun kat kedai mek berjaya diijabkabulkan....sahabat kiter Muamar Qadhafi telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Zaleha Mohidin (ejaan konfiden habis) atau lebih dikenali sebagai Leha RRI bagi penduduk tempatan....
Mereka berjaya di ijabkabulkan di Masjid Jamik Lembaga Getah malaysia pada jumaat keliwon 26 November yang lalu...dengan satu hentakan tangan tok kadi,amar telah berjaya dengan sah menjadi laki dan leha menjadi bini ader nya...di khabarkan guruh bercakaran diawan,hujan membadai bumi telah membuatkan lampu masjid trip beberapa kali.nasib baik ader abang siak yang ala2 chargeman B4 wannabe datang meng'close'kan balik ELCB masjid....
Yunus Benjol dan pasukan delima subang beraksi cemerlang.....
Masa wedding rumah Leha RI crew Subangite tidak dapat hadir untuk membuat liputan kerana terpaksa ke Kaherah untuk satu upacara menepung tawar anak Presiden Mugabe...tapi telah pulang pada Ahad untuk bersama-sama menjadi penanggah walaupun penat dengan acara di kaherah.. Saudara Yunus Benjol atau lebih dikenali sebagai Ben Muhibbah telah menunjukkan kewibawaannya selaku Komander Angkatan Penanggah dengan berjaya mengawal keadaan lalulintas dan lauk pauk didapur....cuma yang aku tak puas hati apesal yang datang tak jadi penaggah boleh menang open table malam tu.... nak kata Hantu Ali koken mamat tu kat seremban..entah lah...
ramai kawan dan lawan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut...antara yang tak disangka hadir adalah Aji Pijan dan Apis Nazir yang telah memeriahkan lagi suasana...Majlis menjadi gegak gempita apabila Megat Honeywell mensumbangkan sebuah lagu yang berjudul 'Ada Ubi Ada batas' di pentas karaoke...dan dikhabarkan beliau menerima sekutum bunga dari seorang gadis lepasan UPSR yang dipetik dari pasu bunga umah Faiz Mat Non....
Tanda dua jari oleh rakan2 bermaksud 'Bojo Loro yo Iso'.....
Leha memujuk agar Amar memilih anak tokey kolam pancing sebagai pengapit...dengar khabar nyer...
Rata2 tetamu yang hadir menyatakn kepuasan terhadap layanan yang diberikan oleh pihak penganjur...terutamnya air sirap berperisa manggis yang disediakan oleh pejeraju minuman tidak lain dan tidak bukan En. Wan Berjaya dan Along Proton(menantunyer wak jenal)...ada Subangite dengar ceriter pulak pihak rombongan belah perempuan tertanya2 dengan Cup Cake yang entah dari mana datangnya...begitu sedap...manis...melekat dianak tekak kata mereka....mungkin saudara Yunus Benjol ada beritanya....
Eh...ni gambar saper plak ni...aduh..silap...cemana nak removed erk...???!!???





Ni macamane ak xtau laki ak jadi pojaan bebudak skolah rendah ni. hihi.
ReplyDeletehahaha...saper laki ko tuh?
ReplyDelete