Saturday, December 11, 2010

Liga BPL Loji Edition Hampir sampai ke penghujung.. (berita dipetik ESPN News)

Antara Liga yang menjadi kegilaan anak muda...





    Liga BPL Loji atau lebih dikenali sebagai liga Fs Sport kedai mek telah berlansung dengan baik bagi tahun 2010.Liga yang bertitik tolak dari gebang2 di kedai minum ini direalisasikan kedalam bentuk liga maya atau cyber league.K. Rajagobal selaku manager skuad kebangsaan melihat ini sebagai petanda baik kepada perkembangan sukan di subang dan bagi peminat sukan tanah air.Selain daripada daapt berkongsi-kongsi idea sesama manager didalam liga ini, ia juga dilihat sebagai satu pentas terbaik bagi nak muda kite memperkembangkan bakat mereka.

Pelopor Liga Fs Sport kedai mek.

     Menurut pelopor liga, Encik Fahmi Sudin atau lebih dikenali sebagai Fahmi Kerang bagi penduduk tempatan, perjalan liga berlansung dengan baik sepanjang musim tanpa sebarang insiden tarik muka atau insiden cakap2 belakang dikalangan manager2 yang bertanding. Ini kerana menurut beliau pihak FAM akur yang manager2 kat kedai mek ini sangat profesional walaupun kadang2 brutal. Selain daripada kewibawaan Encik Fahmi Kerang @ Kelip mengawal  perjalanan liga, permuafakatan anatara manager mnejadi batu asas keada keharmonian dalam liga.

    Liga yang menawarkan hadiah lumayan dengan 'yuran pendaftaran' yang munasabah ini telah menarik lebih kurang 12 manager untuk turut serta dalam kancah saingan liga. Bagi separuh tahun pertama manager yang dilihat amat beraksi cemerlang adalah Encik Wan Berjaya atau Wan B. Dengan susunan pemain2 yang mantap dan berkaliber, team beliau dilihat sukar digugat sepanjang liga berjalan. Dengan barisan yang diperkuat oleh pemain ternama seperti Drrent Bent dan Garret Bale, pasukan Encik Wan Berjaya telah mendapat hampir 500 mata pada minggu ke-13 dengan diekori rapat oleh seorang lagi manager iaitu Encik Muaz Razak atau lebih dikenali sebagai Muaz Sesumpah bagi penduduk tempatan denag perbezaan mata kurang 40 point..

    Namun seperti yang diberitakan kepada crew SubangiteSport dan ESPN, liga tersebut akan dibubarkan pada separuh musin ke-2 selepas mesyurat Liga itu di Wisma FAM Kelana Jaya. Ini kerana menurut Encik Fahmi Kerang liga akan bertukar format dan hadiah akan dinaikkan dengan 'yuran pendaftaran' yang lebih tinggi skit ler..adat ler tuh...kalau ader yang tak puas hati kata beliau lagi,boleh membuat bantahan dengan menghatar surat bantahan kepada Sauda Megat Honeywell selaku setiausaha Agong liga. Itu pun kalau korang boleh lawan hujah2 megat la.  Mana2 manager yang berminat berminat bolehlah membuat pendaftaran sebelum 27 December 2010 kepada pelopor.


Peneraju liga...ah! Aq ader Bale.....

   Secara keseluruhan SubangiteSport melihat liga kali ini adalah amat berjaya dan mengaharapkan Liga baru pada separuh musim Ke-2 nanti akan lebih gempak,cool dan menghornykan...Ini kerana ianya telah terbukti apabila 2 manager telah mempersembahkan sesuatu yang menakjubkan dalam saingan liga diluar Kawasan iaitu Hangar League . Manager tersebut adalah Muaz alejandro dan pasukan Subng Park Ranger yang telah menduduki tempat pertama dan Ke-3 daalm saingan liga tersebut(jap gi aku potong...wat rilek jer..)



semoga insiden Sir Muaz Alejandro menumbuk muka Fernando torres menjadi iktibar

Arios...cemanerr.....!!!!!






Thursday, December 9, 2010

Wedding- Amar kawen Leha,,,kepakkepak...gebunggebung...

suapan manja abang amar..

    Yayyyy!!!!...Alhamdulillah...sorang lagi malaun kat kedai mek berjaya diijabkabulkan....sahabat kiter Muamar Qadhafi telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Zaleha Mohidin (ejaan konfiden habis) atau lebih dikenali sebagai Leha RRI bagi penduduk tempatan....

    Mereka berjaya di ijabkabulkan di Masjid Jamik Lembaga Getah malaysia pada jumaat keliwon 26 November yang lalu...dengan satu hentakan tangan tok kadi,amar telah berjaya dengan sah menjadi laki dan leha menjadi bini ader nya...di khabarkan guruh bercakaran diawan,hujan membadai bumi telah membuatkan lampu masjid trip beberapa kali.nasib baik ader abang siak yang ala2 chargeman B4 wannabe datang meng'close'kan balik ELCB masjid....


Yunus Benjol dan pasukan delima subang beraksi cemerlang.....


    Masa wedding rumah Leha RI crew Subangite tidak dapat hadir untuk membuat liputan kerana terpaksa ke Kaherah untuk satu upacara menepung tawar anak Presiden Mugabe...tapi telah pulang pada Ahad untuk bersama-sama menjadi penanggah walaupun penat dengan acara di kaherah.. Saudara Yunus Benjol atau lebih dikenali sebagai Ben Muhibbah telah menunjukkan kewibawaannya selaku Komander Angkatan Penanggah dengan berjaya mengawal keadaan lalulintas dan lauk pauk didapur....cuma yang aku tak puas hati apesal yang datang tak jadi penaggah boleh menang open table malam tu.... nak kata Hantu Ali koken mamat tu kat seremban..entah lah...

  

    ramai kawan dan lawan hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut...antara yang tak disangka hadir adalah Aji Pijan dan Apis Nazir yang telah memeriahkan lagi suasana...Majlis menjadi gegak gempita apabila Megat Honeywell mensumbangkan sebuah lagu yang berjudul 'Ada Ubi Ada batas' di pentas karaoke...dan dikhabarkan beliau menerima sekutum bunga dari seorang gadis lepasan UPSR yang dipetik dari pasu bunga umah Faiz Mat Non....

Tanda dua jari oleh rakan2 bermaksud 'Bojo Loro yo Iso'.....

Leha memujuk agar Amar memilih anak tokey kolam pancing sebagai pengapit...dengar khabar nyer...
   

     Rata2 tetamu yang hadir menyatakn kepuasan terhadap layanan yang diberikan oleh pihak penganjur...terutamnya air sirap berperisa manggis yang disediakan oleh pejeraju minuman tidak lain dan tidak bukan En. Wan Berjaya dan Along Proton(menantunyer wak jenal)...ada Subangite dengar ceriter pulak pihak rombongan belah perempuan tertanya2 dengan Cup Cake yang entah dari mana datangnya...begitu sedap...manis...melekat dianak tekak kata mereka....mungkin saudara Yunus Benjol ada beritanya....
Eh...ni gambar saper plak ni...aduh..silap...cemana nak removed erk...???!!???

Bro Shafik Besrsepah kat Federal...

Encik Bro kiter...


    Malang tidak berbau...saudara seangkatan kiter Shafik atau lebih dikenali dengan Shafik Pakdin di kalangan penduduk tempatan telah menalami kemalangan di  kilometer berapa pun aku tak tau,tapi dekat2 ngan koner jam sebelum masuk subang jaya.... entah kereta pokemon mana tah telah menggesel manja kawan kiter ni...

    diberitakan encik Own Salesman a.k.a Own callman a.k.a Own abang Wan Air Asia telah sudi untuk datang sebagai wira penyelamat....pastu aku dengar terus bawak sepital sungai buloh sebelum berpatah balik mengambil henpon mahal bro kita yang rosak terok akibat kemalangan...

    beliau kini di beritakan telah sihat dan kembali cargis untuk menjalankan aktiviti lasak seperti lepak di bidayah dan memancing di kolam bapak nazim...

gambar cedera sila layari facebook beliau pasal aku tak der masa nak upload pasal wan dah tunggu kat kedai mek...arios....

rAya Haji $ RaYa KorBaN...yang naik HaJi DaN YanG tERkoRban...





     Salam eidul Adha walau dah terlambat...tapi peduli aper aku,ni blog aku yang handle..wakakaka... Pada 17 November lepas Penduduk subang Ehsan gegak gempita lagi dengan kehadiran 6 ekor lembu dan sa ekor kambing jantan baka baik telah diundang khas bagi memeriahkan majlis membantai atau lebih dikenali sebagai majlis korban bagi penduduk tempatan. Kesemua haiwan korban ini adalah hasil dari inisiatif Ajk Qariah Madrasatul ehsaniah,membuka peluang kepada anak2 qariah untuk turut serta dalam bahagian masing2.
    
     Walaupun aku sampai lewat,dalam lebih kurang pukul 10 sebab bawak mak aku gi pusara arwah abah,aku masih sempat untuk turut serta dalam sembelihan lembu korban yang ke-3.....nasib baik sempat,lau tak korang cakap itu semua alasan kan?...kan???...kan????......macam biasa la port Haji Samsudin bergelumang darah lagi dengan hayunan tajam pisau Haji Nasir G.E....

     Memang meriah gilerz aritu dengan dengan suara Encik Wan selaku dee jay in da house..makanan pun meriah ngalahkan besok dah yak payah makan..aper tak nye...aku tengok barli jer 3 tong merah...mau tak meriah...dengan nasik dagang kak dah,nasik lemak muslimat2 qariah..pergh....steady lah subang ehsan!!!!

ceriter panjang pun tak mau la kawan....korang tengok sendiri la gambar2 bawah ni....

namun aper yang penting semangat yang dibawa oleh nabi allah ibrahim kepada sekelian umat didunia akan memancarkan lagi semangat pengorbanan,bukan sahaja di subang...tapi diseluruh dunia...

Cemanaaaaaaa???!!!!!!



Din Goye pening denga Dejay Wan In da house berceloteh....hahaha...jangan sampai dia amik mic tu suda...

nasib baik ader Wan Berahim,lau tak kompem roboh khemah...tanx wan!!!

Haji nasir GE tengah berkira2 untuk mencuba resepi ape untuk tulang kali ni...nantikan...

Muslimat2 sedang menceritakan kehebatan suami mereka mengasah pisau malam tadi...

dak2 Geng motor Bapak sedang melapah...korang ingat cemana????

pelancung asing turut memeriahkan festival malaysia ini...

Salam ceria,untuk bumi permai...dengan ceriter indah


      Asslalamualaikum...wah,dah ader blog baru dalam dunia blog yang berblog-blog.... Tahniah buat semua subangite... korang memang terbaik!!!!

     Dah seminggu subang lembab,hujan petang gerimis malam,baru surut kejap sungai belakang kedai pak chu 916,dah ujan balik...syukurlah...itu petanda bumi permai ini dilimpahi rahmat...

     naper tetiber blog ni muncul?...wakakakaka...ntah la,maybe penulis baru lepas balik tengok the social network kot...atau terpengaruh ngan Roy dalam I'm Not stoopid too versi melayu....namun aper pun cuma satu jer yang aku nak mintak dari korang...kalau ader citer2 best tu tolong sampaikan kat aku yer...bukan aper,pasal aku tengok subang ni blum berblog lagi...kampung lain sumer dah ader...so aku amik inisitif ni untuk kiter sama memperkenalkan kampung kiter melalui saluran maya pulak....

cemaneeeeee!!!!!!

ader berani????